Kebaikan Vaksinasi # Kita Jaga Kita

Kebaikan Vaksinasi dalam melawan Wabak Covid-19

SITUASI COVID-19 di negara ini semakin meruncing dari hari ke hari .Beberapa masalah dan kekangan telah mengheret kita ke tahap yang semakin serius ini. Satu-satunya harapan kita untuk kembali kepada tahap wabak yang terkawal adalah melalui program vaksinasi yang cekap diurus yang akan mempercepatkan kadar pelaksanaannya. Namun kita menghadapi cabaran kerana bekalan vaksin yang diterima adalah di dalam jumlah yang agak kecil. Secara beransur-ansur, Malaysia akan menerima bekalan vaksin yang lebih banyak, dan akan dapat meningkatkan pemberian vaksin dengan lebih cepat berbanding sekarang.


Keraguan dan penolakan vaksin merupakan masalah utama yang berlaku di Malaysia, malahan ianya dianggap sebagai fenomena global. Malangnya semasa kes kita masih rendah, golongan anti vaksin ketika itu sangat lantang dan aktif menyebarkan berita palsu mengenai vaksin. Padahal di negara Barat yang menghadapi kemuncak jumlah kes lebih awal dari kita dan memulakan program pemberian vaksin berskala besar dengan cepat telah berjaya menurunkan jumlah kes dengan sangat pantas. Sedih sekali, platform media sosial, WhatsApp dan pelbagai lagi aplikasi pesanan mudah alih telah menjadi alat yang merbahaya kerana maklumat tanpa bukti dan pengesahan dikongsi dengan lebih mudah dan cepat. Perkongsian ini telah benar-benar membingungkan masyarakat kita termasuk golongan intelektual yang turut mula ragu-ragu. Tahukah anda d jangka bahawa sekitar 12 individu sahaja yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu di dunia?
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Astro Awani (Mei 31, 2021 14:53 MYT)

1 comment:

  1. It is good to do social work during this pandemic time.

    ReplyDelete